3 April 2017 - 15:18
Iran Kutuk Pemasangan Bendera Kurdis Di Kirkuk, Iraq

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi mengutuk tindakan sesetengah pihak di Iraq yang menaikkan bendera Kurdis di beberapa bangunan milik kerajaan yang terletak di Kirkuk sambil mengatakan bahawa perkara itu hanya akan meningkatkan ketegangan yang sedia ada.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi mengutuk tindakan sesetengah pihak di Iraq yang menaikkan bendera Kurdis di beberapa bangunan milik kerajaan yang terletak di Kirkuk sambil mengatakan bahawa perkara itu hanya akan meningkatkan ketegangan yang sedia ada.

"Republik Islam Iran mempunyai prinsip yang menyokong integriti wilayah dan juga kedaulatan Iraq sambil menekankan bahawa setiap pihak yang terlibat untuk memberikan komitmen kepada perlembagaan negara tersebut dan menyelesaikan perbezaan mereka menerusi dialog dan perundangan," kata Qassemi di dalam sebuah kenyataan yang dibuat pada hari Isnin.

"Walhasil, kami menganggap tindakan menaikkan bendera selain daripada Iraq sendiri di Kirkuk -yang berada di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan- sebagai sebuah tindakan yang hanya meningkatkan ketegangan dan berlawanan dengan prinsip perlembagaan," katanya lagi.

Jurucakap itu juga berkata bahawa tindakan di Kirkuk itu turut memberikan kesan negatif ke atas kempen anti-keganasan yang dilancarkan oleh Baghdad di negara itu.

Para penggubal undang-undang Iraq pada hari Sabtu meluluskan sebuah rang undang-undang yang melarang pemasangan bendera wilayah separa autonomi Kurdis di Kirkuk sehari selepas Majlis Mesyuarat Wilayah Kirkuk mengambil keputusan untuk menaikkan bendera tersebut di sebelah bendera Iraq di beberapa bangunan kerajaan.

Tindakan itu menimbulkan kejengkelan Baghdad yang marah kerana Kirkuk tidak termasuk di dalam wilayah separa autonomi.

Pada 28 Mac lalu, penduduk Arab dan Turkmen yang tinggal di Kirkuk membantah tindakan itu sambil memanggilnya sebagai berlawanan dengan perlembagaan.

/315